Monday 10 December 2012

Globalisasi ekonomi



Globalisasi ekonomi merujuk kepada sempadan ekonomi negara-negara di dunia yang semakin runtuh dan seluruh dunia menjadi satu unit yang boleh dihubungkan dengan cepat, mudah, pantas dan rapat. Globalisasi juga dikenali sebagai dunia tanpa sempadan. Dasar perlindungan yang selama ini menjadi tembok sempadan yang menjaga kepentingan ekonomi sesebuah negara akan runtuh dan boleh ditembusi oleh arus globalisasi secara bebas.Globalisasi memberikan kuasa mutlak kepada kuasa-kuasa pasaran untuk menguasai ekonomi dunia.
           
Menerusi ledakan dan kemajuan yang dicapai dalam teknologi komunikasi maklumat (ICT) maka segala pergerakan modal , teknologi, kepakaran R&D, bahan, informasi pasaran, dan perdagangan boleh menembusi mana-mana negara yang mengamalkan konsep pasaran bebas tanpa had atau batas sempadan. Kecanggihan teknologi menjadikan segala urusniaga beroperasi dengan cepat dan mudah.Umpamanya, seorang peniaga boleh berurusan jual beli saham sambil menonton televisyen di rumah dan seseorang usahawan boleh melabur di sesebuah negara tanpa perlu pergi ke kawasan tersebut.
           
Dalam konteks masa kini, arus globalisasi dikatakan bergerak dari negara-negara maju ke negara-negara dunia ketiga atau negar-negara sedang membangun.Negara-negara barat yang diterajui oleh Amerika Syarikat pada masa kini dikenali sebagai kawasan pusat pembangunan kapitalisme baru.Kawasan-kawasan ini meliputi negara-negara G8 seperti Britain, Amerika Syarikat, Kanada, Jerman, Perancis, Itali, Rusia, dan Jepun.Dominasi dan kawalan terhadap modal, teknologi, pasaran, dan aliran perdagangan ditentukan dan dicorakkan oleh negara-negara kapitalisme baru ini ke atas negar-negara sedang membangun khususnya dirantau asia pasifik. Negara-negara utara yang kaya menguasai negara-negara selatan yang miskin. Globalisasi sememangnya membawa kepada peningkatan kemajuan dan pembangunan negara. Namun, tanpa langkah pengawalan yang sistematik terhadap peluasannya akan memberi impak yang negatif kepada negara secara keseluruhannya.

No comments:

Post a Comment