Monday 10 December 2012

Apa itu globalisasi?



     Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Melalui proses ini, dunia akhirnya tidak lagi mempunyai sempadan dengan ruang udara dan langit sesebuah negara itu terbuka luas untuk dimasuki oleh pelbagai maklumat yang disalurkan menerusi pelbagai perantaraan media komunikasi seperti internet, media elektronik, dan teknologi siber.

Perkembangan ini memungkinkan perhubungan di antara sesebuah negara dengan negara yang lain dan perhubungan sesama manusia dapat dilakukan dalam tempoh yang singkat. Hal ini dibuktikan melalui dakwaan (Rosenau 1980) seseorang sarjana dalam bidang  hubungan antarabangsa. Menurutnya teknologi sebenarnya telah menghapuskan geeorafi dan jarak sosial menerusi kuasa sistem penerbangan jet, komputer, satelit dan pelbagai-bagai lagi jenis inovasi lain yang sekarang ini mengerakkan individu atau kumpulan orang, idea-idee dan barang-barang menyeberangi sempadan ruang dan masa dengan pantas sekali. Pandangn beliau lagi, teknologi juga menyubur kebergantungan antara masyarakat local, masyarakat nasional dan masyarakat antarabangsa dengan hebatnya yang belum pernah dialami sebelum ini.  
    
Manakala cediakawan barat mentakrifkan globalisasi sebagai satu proses kehidupan yang serba luas dan infiniti merangkumi segala aspek kehidupan seperti politik, sosial, dan ekonomi yang boleh dirasai oleh seluruh umat manusia di dunia ini. Ini bermakna segala-galanya menjadi milik bersama dalam konsep dunia tanpa sempadan.  Globalisasi juga merujuk kepada perpindahan nilai, terutamanya cara berfikir dan gaya bertindak dari satu daerah dunia kepada daerah dunia yg lain. Globalisasi yang diberi erti luas ini adalah suatu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan. Hakikatnya globalisasi itu sudah wujud sebelum istilah globalisasi diperkenalkan lagi. Fenomena globalisasi boleh dikiaskan sebagai gelombang yang melanda dunia.


15 comments:

  1. sy ada ambil sedikit maklumat d blog anda. Mohon dihalalkan.

    ReplyDelete
  2. Maaf syavnk mntak izin amik info awk sedikit utk tugasan sya

    ReplyDelete
  3. saya ambik sikit je maklumat nie keyh :)

    ReplyDelete
  4. minta keizinan nk ambil isi dari blog anda ...

    ReplyDelete
  5. Mohon amek isi .. mintakk dihalalkan yea .. terima kasih

    ReplyDelete
  6. SAYA PON SAMA JUGA YE.MINTA DIHALALKAN ILMU YANG SAYA AMBIL NI

    ReplyDelete
  7. copy sikit ya..minta halal

    ReplyDelete
  8. Saya amik maksud globalisasi untuk latihan spm saya yaa

    ReplyDelete
  9. Saya ambik sikit untuk exam svm saya ye... Mohon dihalalkan

    ReplyDelete
  10. Saya pon nk ambik skit je maaf... Mohon restu halal...

    ReplyDelete
  11. saya ambil yaa perkongsian ni. mohon halalkan..

    ReplyDelete
  12. Saya ambil sikit ye untuk exam. Mintak tolong halalkan terima kasih :)

    ReplyDelete
  13. Assalammualaikum. Saya ambil petikan di atas untuk menjawab soalan ujian saya. Mohon dihalalkan. Terima kasih byk2

    ReplyDelete