Pada abad ke 21, perkembangan mendadak teknologi maklumat telah menjadi
pemangkin
utama proses pengglobalisasian dunia. Globalisasi merujuk kepada satu cara hidup dunia tanpa sempadan dan saling berkaitan antara satu sama lain. Walaupun secara umumnya globalisasi itu lebih memberi kesan kepada ekonomi dunia, namun bidang lain seperti pendidikan tidak terkecuali. Hal ini kerana kesan globalisasi juga akan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Hal ini berlaku kerana para pelajar mudah mendapat maklumat melalui internet. Maklumat yang disebarkan melalui internet sebahagian besarnya dalam bahasa Inggeris. Selain itu, cawangan universiti luar akan terus menjadikan bahasa Inggeris sebagai wahana dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pada masa ini juga, sudah banyak IPTS yang telah menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Hal sebegini akan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu walaupun sudah terbukti bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa ilmu dalam semua bidang. Jika hal ini berlaku, bahasa Melayu akan menjadi bahasa kedua dalam kehidupan masyarakat Malaysia dan usaha ke arah pembinaan bangsa Malaysia berdasarkan bahasa Melayu akan terbantut.

Kesan seterusnya yang akan timbul apabila masyarakat membuat tanggapan negatif yang sering kita
dengar tentang PTV yang sama ia merupakan sejenis pendidikan yang sesuai untuk
pelajar yang lembab iaitu pelajar yang tidak dapat meneruskan pelajaran ke
peringkat yang lebih tinggi. Anggapan ini bukan sahaja salah dari keadaan
sebenarnya malahan ia akan memberi kesan terhadap minat pelajar untuk mengikuti
PTV. Pendidikan telah menaikkan taraf sekolah vokasional kepada sekolah teknik
dan vokasional. Di
mana pelajar-pelajar yang layak memohon perlu sekurang-kurangnya mempunyai kelulusan dalam Penilaian Menengah Rendah (PMR). Pelajar-pelajar lepasan sekolah teknik dan vokasional ini seterusnya diberi peluang menyambung pelajaran mereka ke politeknik atau IPT. Menuju kearah negara perindustrian, di mana banyak kilang dan sektor pembinaan memerlukan tenaga mahir. Oleh itu, mereka yang mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang tinggi dalam sesuatu bidang amatlah cerah. (Sufean Hussein (1996).

Menurut Hussain Mohamed (1998) Globalisasi menyebabkan
pendidikan negara lebih terbuka kepada dunia luar samada untuk belajar mahupun
menubuhkan cawangan universiti mereka di negara kita. Hal ini selaras dengan
keinginan menjadikan Malaysia sebagai Pusat Kecemerlangan Pendidikan Dunia. Penubuhan cawangan oleh universiti luar di negara kita
merupakan satu persaingan yang sihat, namun Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
tempatan masih belum bersedia untuk menghadapi situasi ini. Para pelajar sudah
tentu akan memilih universiti luar yang terkemuka demi pasaran kerja mereka.
Hal inilah yang berlaku dalam realiti sebenar apabila graduan IPT diluar negara
menjadi graduan kelas kedua. Contoh yang ada sekarang jelas menunjukkan
kemahiran yang ada pada mereka digunakan untuk tujuan negatif seperti pecah
amanah, memindahkan duit orang lain ke dalam akaun sendiri dan berbagai-bagai
lagi. Malah anjakan paradigma juga dapat dilihat dalam konteks pendidikan dan
latihan teknik dan vokasional melalui perubahan dan perkembangan yang berlaku
dari masa ke semasa. Penganjakan paradigma ini berlaku dengan tujuan untuk
mencapai matlamat dan objektif pendidikan itu sendiri. Sebagai contoh, di dalam
petikan rencana “Pendidikan Sebagai Satu Industri” dalam
Dewan Masyarakat ada mengatakan bahawa, “Selepas kemerdekaan sistem pendidikan negara telah melalui banyak perubahan. Bermula dengan dasar untuk menyediakan peluang belajar kepada setiap rakyat, dunia pendidikan kita berkembang pesat dan kompleks. Matlamatnya juga sudah melewati dimensi baru dan lebih daripada sekadar memberi ilmu kepada masyarakat”.

Kesimpulannya, semua pihak harus menyedari kesan
globalisasi ini dan bersedia dengan langkah yang komprehensif. Kita tidak boleh
mengelak daripada menghadapi globalisasi kerana tanpanya kita akan terus
ketinggalan. Oleh itu, kita perlu bersedia untuk mengatasi sebarang cabaran
yang wujud daripada fenomena globalisasi ini. Bagi sains, teknologi dan
kejuruteraan sebenarnya mempunyai perbezaan tetapi saling berkaitan dan tidak
boleh dipisahkan. Tumpuan yang keterlaluan pada salah satu hujungnya akan
meruntuhkan ketiga-tiga bidang ini. Jika Malaysia ingin menjadi negara industri
yang sihat dan kukuh ia perlu mempunyai keupayaan kejuruteraan yang tinggi dan
sains asas yang kukuh serta pengaliran pengetahuan yang lancar diantara
kedua-duanya.
Hussain Mohamed (1998). Globalisasi Dalam Pendidikan :Dewan
Masyarakat.
Sufean Hussein (1996).Pendidikan
di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.